Social Icons

facebookgoogle plusemail

Sunday, April 27, 2014

Kota Medan – Lokasi Menarik

Kota Medan adalah ibukota Sumatera Utara. Ianya kota terbesar di Sumatera dan ketiga terbesar di Indonesia. Kota Medan ini dibangunkan oleh Guru Pattimpus pada tahun 1950.

Sumatera Utara adalah sebuah daerah di Pulau Sumatera yang selalu dikunjungi oleh pelancong. Apabila sesuatu tempat itu sering dikunjungi, semestinya terdapat tempat-tempat menarik. Tetapi diruang post ini hanya berkisarkan tempat-tempat wisata (pelancongan) yang terdapat di sekitar Kota Medan. Lain-lain tempat pelancongan menarik seperti Berastagi, Bukit Lawang dan sebagainya ditulis dalam entry post yang lain.

Berikut susunan lokasi-lokasi menarik disamping senarai lain-lain ikon pelancongan di sekitar Kota Medan:
  • Merdeka Walk, Merdeka Square (Lapangan Merdeka Medan), Kantor Pos, Gedung Balai Kota, Tjong A Fie Mansion (Kediaman Tjong A Fie), Istana Maimun, Masjid Raya Al-Mashun (Grand Mosque of Sultan Deli), Rahmat International Wildlife Museum and Gallery, Kampung Madras Medan, Taman Buaya Asam Kumbang (Penangkaran Buaya Asam Kumbang) dan Menara Air Tirtanadi
  • Lain-Lain Tempat Pelancongan (Objek Wisata)
  • Bangunan-Bangunan Bersejarah  


Merdeka Walk

Merdeka Walk atau singkatan MW terletak di tengah pusat perniagaan dan merupakan tempat yang harus dikunjungi bagi sesiapa yang mahu bersantai sambil memerhatikan gelagat warga kota di malam hari rata-rata daripada golongan remaja mahupun keluarga. Tempat ini dianggap paling lengkap di Kota Medan dari pusat makanan, hiburan hingga arena pertunjukan.

Bagi pengemar makanan, puluhan gerai makanan disediakan di sini dengan pelbagai menu pilihan; western food, asian food, sea food dan juga makanan tempatan. Antaranya Coffee Bean Cafe, Oh Lala Cafe, New Zeland Juice, Ice Cream, Nelayan Restoran, Pearl Terrace, minuman, Hometo Restoran, Sunshine Cafe, Dupendys.

Bertentangan dengan MW di seberang jalan adalah Grand Aston Hotel. Bagi sesiapa yang menginap disini adalah mudah sekali untuk mengunjungi MW. Bukan itu sahaja, pelancong yang menginap dihotel ini boleh menaiki keretapi daripada Kuala Namu International Airport terus ke hotel ini kerana terdapat stesen keretapi di Merdeka Walk.


Merdeka Square (Lapangan Merdeka Medan)

Berdekatan dengan Merdeka Walk, Lapangan Merdeka di Medan adalah dataran yang boleh juga dijadikan tempat lawatan. Ramai para pengunjung menghabiskan masa mereka disini untuk berehat dan rekreasi, baik dengan keluarga mahupun dengan kawan-kawan terutamanya pada hari cuti. Lapangan Merdeka juga dilengkapi dengan alat-alat sukan yang boleh digunakan oleh setiap lapisan masyarakat dan kebanyakan pengunjung datang untuk bersenam pada sebelah pagi. Lapangan Merdeka juga sering digunakan untuk aktiviti perayaan seperti hari ulang tahun Kota Medan, aktiviti promosi, hiburan dan sebagainya.


Kantor Pos

Tidak jauh dari Merdeka Walk dan berhadapan dengan Lapangan Merdeka, terletak Pejabat Pos Medan. Bangunan Pejabat Pos ini adalah salah satu bangunan tertua yang dibina pada 1911 oleh arkitek Belanda lebih daripada 100 tahun. Ianya merupakan warisan penjajah yang masih lagi kukuh sehingga kini dan merupakan tempat pelancongan bersejarah yang selalu dilawati. Pejabat Pos ini terletak betul-betul di tengah pusat bandar yang sibuk dan masih berfungsi dalam memberi perkhidmatan penghantaran surat kepada masyarakat umum.


Gedung Balai Kota

Sekiranya mengunjungi Merdeka Walk, jangan lupa untuk melawati Bangunan Balai Kota di Grand Aston Hotel. Ianya sekarang telah menjadi sebahagian daripada Grand Aston Hotel. Bangunan bersejarah ini telah dibina pada tahun 1900 oleh arkitek Hulswitt dan bercirikan seni bina Eropah. Keempat-empat sisi kubah atas bangunan ini terdapat jam dinding lama sebagai penunjuk waktu. Dulunya terdapat jam dinding besar di kubah ini yang akan berbunyi setiap jam. Ianya disumbangkan oleh seorang hartawan Medan bernama Tjong A Fie.

Kini Gedung Balai Kota telah menjadi sebahagian daripada Grand Aston Hotel dan ditukar sebagai restoran bertaraf antarabangsa.


Tjong A Fie Mansion (Kediaman Tjong A Fie)

Bangunan kediaman Tjong A Fie ini terletak di Jalan Ahmad Yani dan dibina pada tahun 1900 dengan campuran gaya seni bina Cina, Melayu dan Eropah. Kediaman ini dibuka kepada umum pada 18 Jun 2009 bagi memperingati ulang tahun Tjong A Fie yang ke-150. Para pengunjung boleh mengetahui sejarah kehidupan hartawan ini melalui foto-foto dan juga perabot yang digunakan oleh keluarganya.


Istana Maimun

Istana Maimun sudah menjadi ikon terkenal salah satu tempat pelancongan di Kota Medan dan terletak di Jalan Brigadier Jeneral Katamso. Istana ini direka oleh arkitek berbangsa Itali dan dibangunkan oleh Sultan Deli ‘Makmun Al Rasyid Perkasa Alamsyah' pada tahun 1888. Sumatera Utara adalah sebuah peninggalan Kerajaan Deli dan sejak tahun 1946 lagi didiami oleh waris Kesultanan Deli. Istana ini mempunyai keluasan lebih dari 2,700 meter dan memiliko lebih dari 30 buah bilik dengan reka bentuk dalaman yang menggambarkan budaya Melayu, Islam, Itali dan Sepanyol.

Terdapat koleksi pelbagai foto keluarga Kesultanan Deli, koleksi perabot lama Belanda dan juga koleksi senjata lama. Para pelancong juga boleh mencuba pakaian kesultanan bagi tujuan bergambar. Harga tiket masuk adalah 5,000 Rupiah seorang.


Masjid Raya Al-Mashun (Grand Mosque of Sultan Deli)

Satu lagi ikon di Kota Medan adalah Masjid Raya Al-Mashun yang dibina oleh pemimpin Kesultanan Deli iaitu Sultan Ma'mum Al Rasyid Perkasa Alam pada 21 Ogos 1906 bersamaan 1 Rajab 1324H dan disempurnakan pada 10 September 1909 bersamaan 25 Syaaban 1329H. Seni reka masjid ini berunsurkan keseniaan Timur Tengah, Sepanyol dan India. Masjid ini sangat mudah ditemui oleh para pelancong yang tertarik dengan keanggunan bangunannya yang terletak di Jalan Sisingamangaraja.


Rahmat International Wildlife Museum and Gallery

Muzium ini merupakan salah satu destinasi pelancongan menarik dan terletak di Jalan S. Parman 309. Muzium ini satu-satunya di Asia yang mempunyai lebih dari 1000 spesies haiwan dari segenap penjuru dunia. Ianya telah dicatat dalam Buku Rekod dan telah menerima anugerah antarabangsa dalam usaha pemuliharaan bagi mengelak kepupusan hidupan liar. . Sebuah tempat yang telah dibina sebagai satu cara penyelidikan pendidikan dan tarikan pelancong.

Muzium ini memaparkan pelbagai koleksi habitat hidupan liar dari yang terkecil hingga yang terbesar. Suasana dalam muzium ini sungguh menyeronokkan dengan seni bina yang indah dan berlatarbelakangkan kehidupan dan alam sekitar sebenar.

Pengasasnya adalah seorang pencinta alam sekitar, Dr. Rahmatsyah. Tujuan pembinaan muzium ini adalah untuk memberi pendedahan terhadap kepelbagaian hidupan liar yang wujud di dunia kepada masyarakat umumnya dan generasi muda khasnya


Kampung Madras Medan

Kampung Madras Medan adalah kawasan yang sebahagian besar penduduknya merupakan penduduk berbangsa India. Suasana di Kampung Madras Medan masih mengekalkan tradisi dan adat istiadat penduduk India yang beragama Hindu. Kawasan ini terdapat juga banyak bangunan Belanda bersejarah untuk dinikmati. Selain itu, makanan ala India dan busana-busana baju India juga boleh didapati di Kampung Madras Medan. 

Taman Buaya Asam Kumbang

Taman atau Penangkaran Budaya Asam Kumbang merupakan sebuah taman reptilia terbesar di Indonesia. Di sini terdapat sekitar dua ribu empat ratus lebih reptilia termasuk buaya yang telah berumur empat puluh tahun lebih. Taman ini terletak di Jalan Bunga Raya, lima kilometer dari pusat Kota Medan.

Selain ribuan koleksi buaya dari semua peringkat umur, taman buaya ini juga mempunyai koleksi haiwan lain seperti penyu, ular dan beberapa haiwan lain.

Pada awalnya taman ini ditubuhkan sejak tahun 1959 lagi untuk tujuan peribadi seorang bernama Lo Tham Muk, seorang berbangsa Tiong Hoa yang menyukai pelbagai jenis reptilia. Beliau memelihara sekitar 12 reptilia sehinggalah kini mencecah lebih 2000 ekor.


Menara Air Tirtanadi

Menara Air Tirtanadi menjadi kebanggaan masyarakat Medan. Menara ini adalah tangki simpanan air yang telah wujud sejak zaman penjajahan Belanda dan sehingga kini masih digunakan untuk memenuhi keperluan Medan dan masyarakat sekeliling. Menara ini terletak di Jalan Gurney Medan dan dapat dilihat apabila memasuki Kota Medan.

Menara ini dibinakan pada tahun 1908 oleh pemerintah Belanda, sebagai tempat takungan air bagi masyarakat Medan. Namun tidak semua masyarakat medan dapat memanfaatkan sumber menara air tersebut pada ketika itu, hanya golongan menengah ke atas saja yang dibenarkan memanfaatkan menara air tersebut keperluan seharian.


Lain-Lain Tempat Pelancongan (Objek Wisata)

Antara lain-lain tempat yang boleh dilawati di sekitar Kota Medan:
  • Labuhan Mosque (Warisan Sultan Deli, 20km di utara Medan)
  • Muzium Sumatera Utara (Jalan H.M Joni, Medan)
  • Bukit Barisan Muzium (Jalan Zainul Arifin)
  • Medan Zoo
  • Tugu Jeneral A Yani (Jalan Jend. Sudirman)
  • Tasik Siombak Indah (Pulau Rengas, 18km dari bandar Medan)
  • Seni Kraftangan
  • Sungai Baharok
  • Pantai Cermin (Daerah Serdang Bedagai)
  • Theme Park (25km dari Sei Rampah)
  • Pantai Sialang Buah (60km dari Kota Medan)
  • Danau Linting (70km dari Kota Medan)

Bangunan-Bangunan Bersejarah

Di Kota Medan terdapat banyak bangunan lama, peninggalan zaman penjajahan Belanda, dengan ciri-ciri seni bina yang 'keEropahan':
  • Bangunan-Bangunan Bersejarah Di Kota Medan
  • Hotel De Boer (Hotel Inna Darma Deli)
  • Stasiun Kereta Api
  • Titi Gantung 
  • Gedung BTN
  • Gedung Bank Indonesia
  • Gedung London Sumatera
  • Gedung Badan Kerjasama Perusahaan Perkebunan Sumatera (BKS PPS)
Note: Image sources extracted from the Internet.

No comments:

Post a Comment

 

Tour - Terms and Conditions

Tour Package (Basic) Inclusive of:
  1. Transportation service (professional driver service)
  2. Accommodation as requested or mentioned in the itinerary
  3. Meals as stated at itinerary
  4. Entrance fees as mentioned in the itinerary
  5. Ferry to Samosir Island (if applicable)
  6. Free tours surrounding Medan City
  7. Free daily mineral water
Tour Package Exclusive of:
  1. All personal expenses such as room service, laundry, facsimile, telephone etc.
  2. Any other optional tours and entrance fees, which are not specified in the itinerary unless agreed during the tour
  3. Tips for local tour guide, driver and/or hotel porter
  4. Flight ticket
  5. Airport tax
Payment Terms:
  1. All trips require a deposit of 50% price per pax (per person). The deposit will confirm your reservation until 3 weeks prior to trip departure, at which time the balance of the payment is due
  2. Balance of payment is due 3 weeks prior to departure
  3. Payment may be made by cash or bank transfer
Note: Unless stated otherwise in the offered tour packages based on mutual agreement.

Tips - How to Travel to Medan

In accordance with the Regulation of Minister of Law and Human Right of the Republic of Indonesia Number 26, 2013, citizen from 61 countries and 1 region are eligible for obtaining Visa on Arrival (VOA).

This visa can be obtained directly when you are landed at the certain airports and seaport in Indonesia regardless of the purpose of your visits (Business, Tourist, Social). The maximum stays permitted for the visa on arrival is 30 days. If you plan to stay longer than 30 days, you need to mention your intention to stay longer. Visa on Arrival can be extended for another 30 days.

The general requirements for Visa On Arrival are:
  1. Expiration date of the applicant’s passport must be at least 6 (six) months at the date of entry
  2. Round-trip airplane ticket
  3. Fee
Please visit here for more information.

Note: Visa is not required for Malaysian.
 
Blogger Templates