Nasi Padang
Antara keunikan Nasi Padang adalah kepelbagaian lauk-pauknya yang dihidangkan bersama nasi putih biasa. Makanannya akan dipamerkan dalam sebuah bilik cermin yang dikenali sebagai Rumah Gadang yang boleh dilihat oleh para pengunjung. Setiap lauk akan diletakkan dalam mangkuk atau pinggan kecil dan disusun secara bertindih-tindih dalam Rumah Gadang itu. Lauk-pauknya merangkumi pelbagai jenis yang terdiri daripada daging, ayam, ikan dan sayur sayuran. Kebanyakannya pedas, berkuah dan bersantan.
Antara restoran yang terkenal dengan Nasi Padang adalah Restoran Simpang Tiga yang merupakan rangkaian kedai makan nasi padang yang terkenal di Medan.
Restoran Garuda juga mempunyai rangkaian yang luas di Medan untuk masakan orang Minang dan Melayu.
Paten
Bika Ambom Zulaikan
Bika Ambon Zulaikha menjadi amat terkenal dikalangan muslim kerana selama ini bika ambon dikuasai oleh kalangan Tionghoa.
[Dipetik dari TV9] Bahan utama untuk kuih Bika Ambon ialah nira. Pembuatan kuih Bika Ambon ini memang unik kerana memerlukan kesabaran menunggu setiap peringkat yang mengambil masa berjam-jam untuk siap. Bermula dari menimbang tepung dan gula sehingga menggaul tepung yang telah dicampurkan 300 biji kuning telur. Santan juga harus dipanaskan dan disejukkan selama beberapa jam dan dibiarkan selama 3 jam lagi untuk memasukkan air nira. Setelah itu, air nira di gaul sebati bersama adunan tepung, kita harus menunggu selama 1 jam setengah lagi untuk membakar adunan tersebut. Proses pembakaran juga haruslah berhati agar kuih Bika Ambon masak dengan sempurna. Memang mencabar pembikanan kuih Bika Ambon ini, berbaloi dengan rasanya yang sangat sedap. Sebab tu la kuih ini diminati ramai. Sila lawati disini untuk membaca rencana penuh.
Bolu Gulung Meranti
Bolu gulung ini berbeza dengan yang lain-lain kerana tekstur bolu yang empuk dan terdiri daripada pelbagai isi serta toping. Diantaranya isi keju, coklat, strawberry, nenas, blueberry dan banyak lagi.
Lain-Lain Buah Tangan (Oleh-Oleh)
Di sekitar Jalan Kruing atau Jalan Majapahit juga terdapat lain-lain buah tangan seperti:
- Sirup Markisa atau Terong Belanda. Oleh-oleh minuman khas Medan yang paling popular adalah sirap markisa. Banyak jenama yang menawarkan jus buah seperti Sirup Markisa Jus Pohon Pinang dan Sirup Markisa Sarang Tawon
- Dodol Pulut dari Pasar Bengkel
- Selai Srikaya dari Majestik Bakery atau terus dari Ganda Bakery di Siantar
- Buah-buahan seperti oren Brastagi
- Markisa dan Terong Belanda atau Manisan Buah Jambu
- Pancake Durian yang boleh dibeli terus dari pengeluar atau di kedai bakery yang banyak terdapat ada di Medan seperti Durian House.
Selain Kota Medan, terdapat juga kekacang yang terkenal dikalangan orang tempatan seperti Kacang Sihobuk dari Tarutung yang boleh diperolehi di Parapat dan Kacang Rondam Khas dari Samosir.
Note: Image sources extracted from the Internet.
No comments:
Post a Comment