Sumatera Utara adalah sebuah daerah di Pulau Sumatera yang selalu dikunjungi oleh pelancong. Apabila sesuatu tempat itu sering dikunjungi, semestinya terdapat tempat-tempat menarik. Tetapi diruang post ini hanya berkisarkan tempat-tempat wisata (pelancongan) yang terdapat di sekitar Kota Medan. Lain-lain tempat pelancongan menarik seperti Berastagi, Bukit Lawang dan sebagainya ditulis dalam entry post yang lain.
Berikut susunan lokasi-lokasi menarik disamping senarai lain-lain ikon pelancongan di sekitar Kota Medan:
- Merdeka Walk, Merdeka Square (Lapangan Merdeka Medan), Kantor Pos, Gedung Balai Kota, Tjong A Fie Mansion (Kediaman Tjong A Fie), Istana Maimun, Masjid Raya Al-Mashun (Grand Mosque of Sultan Deli), Rahmat International Wildlife Museum and Gallery, Kampung Madras Medan, Taman Buaya Asam Kumbang (Penangkaran Buaya Asam Kumbang) dan Menara Air Tirtanadi
- Lain-Lain Tempat Pelancongan (Objek Wisata)
- Bangunan-Bangunan Bersejarah
Merdeka Walk
Bagi pengemar makanan, puluhan gerai makanan disediakan di sini dengan pelbagai menu pilihan; western food, asian food, sea food dan juga makanan tempatan. Antaranya Coffee Bean Cafe, Oh Lala Cafe, New Zeland Juice, Ice Cream, Nelayan Restoran, Pearl Terrace, minuman, Hometo Restoran, Sunshine Cafe, Dupendys.
Bertentangan dengan MW di seberang jalan adalah Grand Aston Hotel. Bagi sesiapa yang menginap disini adalah mudah sekali untuk mengunjungi MW. Bukan itu sahaja, pelancong yang menginap dihotel ini boleh menaiki keretapi daripada Kuala Namu International Airport terus ke hotel ini kerana terdapat stesen keretapi di Merdeka Walk.






