Nasi Padang
Antara keunikan Nasi Padang adalah kepelbagaian lauk-pauknya yang dihidangkan bersama nasi putih biasa. Makanannya akan dipamerkan dalam sebuah bilik cermin yang dikenali sebagai Rumah Gadang yang boleh dilihat oleh para pengunjung. Setiap lauk akan diletakkan dalam mangkuk atau pinggan kecil dan disusun secara bertindih-tindih dalam Rumah Gadang itu. Lauk-pauknya merangkumi pelbagai jenis yang terdiri daripada daging, ayam, ikan dan sayur sayuran. Kebanyakannya pedas, berkuah dan bersantan.
Antara restoran yang terkenal dengan Nasi Padang adalah Restoran Simpang Tiga yang merupakan rangkaian kedai makan nasi padang yang terkenal di Medan.
Restoran Garuda juga mempunyai rangkaian yang luas di Medan untuk masakan orang Minang dan Melayu.




